Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata:
Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya.

 

erima kasih kerana sudi melayari laman web Surau Al-Radhiyah Taman Tun Perak, Rawang. Semoga dengan kunjungan anda dapat membantu kami dalam mendirikan sebuah surau yang kekal di Taman Tun Perak. Satu dana yang dikenali sebagai Tabung Pembinaan Surau Al-Radhiyah telah dilancarkan bagi merealisasikan impian tersebut. Oleh yang demikian, jika anda sudi membantu dalam usaha membina rumah Allah ini bolehlah menghubungi kami. Sumbangan anda amat di hargai. Semoga ALLAH s.w.t menerima amalan yang sedikit ini sebagai amal jariah yang berterusan.

 
 

Taman Tun Perak yang terletak di Batu 17, Rawang telah dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 2004. Ianya merangkumi :

  • Rumah Teres 2 tingkat (453 unit)
  • Sebuah Apartment 5 tingkat (80 unit)
  • 2 buah Pangsapuri kos rendah 5 tingkat (200 unit)
  • Kepadatan penduduk di taman ini ialah kira-kira 82%
  • Majoritinya beragama Islam merangkumi kira-kira 1450 orang

Pada 21 April 2005 satu mesyuarat khas telah diadakan di rumah Encik Abdul Karim bin Ismail (No 1 Jalan TP 10) untuk menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa Sementara bagi merealisasikan kewujudan sebuah surau di taman ini. Didalam mesyuarat tersebut, kata sepakat telah dicapai untuk menyewa sebuah rumah di taman ini untuk dijadikan sebuah surau sementara bagi kemudahan penduduk Islam beribadat dan mengeratkan silaturrahim.Mesyuarat juga bersetuju untuk mengutip sumbangan dari para penduduk Islam di taman ini sebanyak RM 10.00 sebulan.

Encik Asri telah bersetuju menyewakan kediaman beliau di No 4 Jalan TP 24 untuk dijadikan surau sementara dengan kadar sewa sebanyak RM 500.00 sebulan. Pada 29 Mei 2005, Surau Al-Radhiyah Taman Tun Perak dengan rasminya ditubuhkan. Ahli Jawatankuasa Sementara Surau Al-Radhiyah akan bertanggungjawab menguruskan segala aktiviti-aktiviti keagamaan di surau. Mereka juga akan mewakili penduduk taman untuk berhubung dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pemaju perumahan bagi menguruskan pembinaan sebuah surau kekal di taman ini.

 

 
   
     

 

 
 


Surau Al-Radhiyah
No 4, Jln TP 24, Taman Tun Perak, Rawang, Selangor.
Site designed/hosting by al-barakah.com